OMAIGAD 1.0 Fakulti Sains UPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » OMAIGAD 1.0 Fakulti Sains UPM

OMAIGAD 1.0 Fakulti Sains UPM

Oleh

Salinah binti Junid

salinahj@upm.edu.my

FS UPM, 10 November 2023

 

Serdang, 10 November 2023 - OMAIGAD tercetus daripada frasa Oh My God yang pada kebiasaannya diungkapkan apabila seseorang berhadapan dengan situasi yang mengujakan sebagaimana respons para ahli Jawatankuasa EKSA Fakulti Sains apabila mengetahui bahawa EKSA akan melaksanakan program gotong-royong perdana.

OMAIGAD 1.0 Fakulti Sains merupakan projek gotong-royong yang dilaksanakan secara santai di persekitaran dalam dan luar bangunan Fakulti Sains, UPM pada 10 November 2023 (Jumaat) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

OMAIGAD 1.0 telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd. Aziz, Dekan Fakulti dan disertai oleh hamper 100 orang ahli Fakulti yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan dan semua pekerja dalam pelbagai skim perkhidmatan.

OMAIGAD 1.0 diterajui oleh Jawatankuasa EKSA Fakulti Sains tetapi pelaksanaannya juga adalah untuk tujuan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, untuk keceriaan Fakulti dan untuk menyuburkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli Fakulti.

OMAIGAD 1.0 telah dimulai dengan senaman ringan sebelum peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut Zon EKSA yang kemudiannya melaksanakan aktiviti di dalam ruang pejabat dan bangunan, dan di luar bangunan zon masin-masing.

Usai pelaksanaan OMAIGAD 1.0, kelihatan dua tong RORO bersaiz sederhana berisi penuh dengan pelbagai bahan buangan yang terdiri daripada sisa perabot yang telah rosak sehinggalah kepada sisa ranting dan dahan pokok hasil proses pemangkasan.

Salah satu tujuan pelaksanaan OMAIGAD 1.0 adalah untuk menyuburkan semangat kerja berpasukan dan ia terpancar sepanjang pelaksanaan program tersebut apabila aktiviti dilaksanakan secara muafakat dalam kumpulan.

Pelaksanaan OMAIGAD akan diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan ekosistem kondusif sektor awam tersedia untuk pekerja dan semua pemegang taruh sebagai salah satu imej baik Fakulti Sains dan UPM.

 

 

 

 

Date of Input: 10/11/2023 | Updated: 10/11/2023 | salinahj

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcSA4~