Pasukan UPM Sertai Pembersihan 3 Pulau Tercantik Di Mersing | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pasukan UPM Sertai Pembersihan 3 Pulau Tercantik Di Mersing

Pasukan UPM Sertai Pembersihan 3 Pulau Tercantik Di Mersing

Oleh : Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap

MERSING - Pulau Besar yang terletak tidak jauh dari Mersing merupakan destinasi yang menarik kerana airnya yang jernih dan juga kehadiran penyu laut. Malangnya,  pelbagai jenis sampah (organik dan bukan organik) telah ditemui di beberapa kawasan terpencil di sekitar kepulauan Mersing, terutamanya di Pantai Rapang, Pulau Besar. 

Sempena Mersing International Coastal Clean Up 2022, Persatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Pulau Tengah, Johor (TIC)  telah mengadakan pembersihan pantai di Pulau Besar Johor pada 11 September 2022. Acara pembersihan pantai seperti ini telah dimulakan oleh TIC sejak 2018 dengan penglibatan pelbagai agensi, komuniti, sekolah dan universiti tempatan sebagai sukarelawan untuk menjayakan program tersebut.

Pensyarah Kanan UPM terpilih kali ini untuk sama-sama terlibat pada tahun 2022. Dr Mohd Rashidi Abdull Manap bersama dua orang pelajar antarabangsa UPM dari Indonesia, Arkan Binatara Pratama dan Yohan Candra. SMK Kajang Utama sebagai rakan strategik Fakulti Sains juga terlibat dalam aktiviti kali ini. Pihak sekolah telah menghantar 3 sukarelawan.

Selain Pulau Besar, Pulau Hujung dan Pulau Seri Bulat telah menjadi lokasi sasaran pembersihan pada tahun ini oleh pasukan UPM, di mana arus laut telah menumpukan sampah lautan di sepanjang pantai. Sukarelawan yang terlibat telah berjaya mengangkat, mengumpul dan mengasingkan sampah bukan bukan organik seperti botol polietilena, polistirena, tin aluminium dan banyak lagi lain-lain sampah lautan dari pesisir pantai di Pulau Besar. Majoriti bahan bahan yang dikumpul boleh di kitar semula.

Tempoh satu jam diperlukan untuk menghantar sampah yang telah diasingkan ke Jeti Mersing yang terletak kira-kira 16 km dari Pulau Besar. Botol botol  plastik dan tin aluminium telah dijual kepada pusat kitar semula. Diharapkan kerjasama antara semua pihak dapat diteruskan dan juga dapat meningkatkan kehadiran penyu laut untuk bertelur dengan selesa di pulau yang bersih.

Date of Input: 15/09/2022 | Updated: 15/09/2022 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEYBAr~