‘PLAYING WITH MATH’ BERSAMA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » ‘PLAYING WITH MATH’ BERSAMA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR

‘PLAYING WITH MATH’ BERSAMA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR

‘PLAYING WITH MATH’ BERSAMA SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR
 
Kuala Lumpur, 26 Jan - Bersempena dengan program ‘International Day of Mathematics 2024’ (IDM 2024), Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM telah mengadakan aktiviti 'Playing with Math' bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Aktiviti ini merupakan salah satu program IDM 2024 yang merupakan inisiatif untuk memberikan khidmat bakti dalam memupuk dan menarik minat generasi cilik di dalam bidang Matematik melalui permainan.
 
Penyertaan daripada SBJK adalah seramai 36 orang pelajar sekolah rendah, fasilitator yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Jabatan Matematik dan Statistik adalah seramai 20 orang. Antara pengisian yang telah dijalankan adalah Tari Menari Math, Damath, Bentuk Geometri dan Kelarai Jadual Berlipat dan Kad Tetingkap Timbul.
 
Diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi nilai tambah kepada murid dan dapat meningkatkan keyakinan serta meransang kreativiti mereka di dalam pembelajaran berkonsepkan Matematik supaya dapat diaplikasikan sewaktu pembelajaran secara formal di SBJK. Terima kasih kepada pihak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dan ahli jabatan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini berlangsung.
 
 
 
 
 

Date of Input: 19/02/2024 | Updated: 19/02/2024 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcCA2~