Program Eko Pelancongan Pendidikan Berteraskan Biologi, PUTRABIOXPLORE | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Program eko pelancongan pendidikan berteraskan Biologi, PUTRABIOXPLORE

Program eko pelancongan pendidikan berteraskan Biologi, PUTRABIOXPLORE

Program eko pelancongan pendidikan berteraskan Biologi, PUTRABIOXPLORE

Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menjalankan program ekopelancongan pendidikan bertaraf antarabangsa dengan bertemakan “Discovering Nature: A Journey of 700 Miles in 7 Days”. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Biologi ini adalah merupakan program pengembaraan saintifik yang telah diadakan pada 1 – 7 Ogos 2018 yang lalu. Para peserta telah dibawa menerokai lima ekosistem yang berbeza iaitu ekosistem marin pesisir pantai, hutan paya bakau, hutan tanah tinggi, hutan hujan tropika dan hutan paya gambut dengan bimbingan secara langsung daripada ahli akademik Jabatan Biologi yang merupakan pakar bagi ekosistem-ekosistem yang terlibat. Program yang dijalankan selama tujuh hari itu telah membawa para peserta ke pelbagai tempat berbeza meliputi UPM Serdang, Putrajaya, Port Dickson Negeri Sembilan, Kuala Selangor  Selangor, Janda Baik dan Genting Highland di Pahang.

 

PutraBioXplore telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Negara seperti Thailand, Yemen dan Nigeria. Salah seorang daripada peserta, Terese Maureen Bergfors, 63 tahun yang berasal daripada Sweden berpendapat bahawa program ini adalah sangat bermanfaat kerana para peserta telah diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti “hands-on” biologi seperti mengenalpasti kepelbagaian makrofungi, makroalga, mamalia, katak, ikan dan haiwan invertebrata di ekosistem masing-masing. Tambahan itu, para peserta juga telah merasai pelbagai pengalaman yang unik seperti menanam pokok bakau di hutan paya bakau, mewarna batik di Kuala Selangor dan juga menikmati keindahan kelip-kelip sambil menelusuri sungai.

   

 

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman kerja lapangan bersama-sama dengan ahli-ahli biologi, malah ia juga ia juga memberi peluang kepada para  pensyarah dan tenaga akademik Jabatan Biologi untuk memperkenal dan memperkasa bidang kepakaran masing-masing di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Majlis perasmian program telah di sempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman pada 1 Ogos 2018 di Jabatan Biologi yang turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Biologi, Prof. Madya Dr. Shamarina Shohaimi dan pengerusi penganjur PutraBioXplore, Dr. Wan Norhamidah Wan Ibrahim.

 

 

 

 

Date of Input: 24/09/2018 | Updated: 24/09/2018 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXERHAs~