PROGRAM GERAK ILMU KIMIA SESI 2021/2022 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » PROGRAM GERAK ILMU KIMIA SESI 2021/2022

PROGRAM GERAK ILMU KIMIA SESI 2021/2022

 
30 Oktober, 2021 – Program Gerak Ilmu Kimia merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Kimia (KMK) Sesi 2021/2022, Jabatan Kimia, Fakulti Sains dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Seramai 100 orang Mahasiswa Baharu Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lebih 10 orang pensyarah menghadiri ke Program Gerak Ilmu Kimia Sesi 2021/2022. Program ini diadakan pada 30 Oktober 2021 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
 
Seperti yang sedia maklum, pandemik COVID-19 telah meminimumkan pergerakan daripada menjalankan program secara bersemuka. Lantaran itu, Kelab Mahasiswa Kimia telah mengambil inisiatif bagi menyambut para Mahasiswa Baharu Jabatan Kimia dengan menganjur program ini secara atas talian. Program ini yang bertemakan Chemistry is Not Bohr-ing telah dianjurkan di Zoom Premium dan Facebook (FB) live Kelab Mahasiswa Kimia (KMK) telah berjaya menarik minat ramai peserta untuk mengikutinya khususnya Mahasiswa Baharu Jabatan Kimia. Program ini bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam menyesuaikan diri mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bukan itu sahaja, program ini juga memberi pendedahan awal mengenai akademik serta membantu pelajar dalam memahami sistem pengajian dan kurikulum.
 
 
Banyak perkongsian ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Kimia melalui salah satu slot yang dianjurkan iaitu Perkongsian Bersama Pensyarah (Skills Should You Equip?). Selain itu, perkongsian daripada alumni dan senior Jabatan Kimia juga banyak memberikan tunjuk ajar dan tips dalam menguasai killer subject serta cara menguruskan masa dengan baik. Slot ini membantu membuka minda pelajar baharu dengan kelebihan melakukan perancangan awal untuk masa hadapan. Bukan itu sahaja, program ini juga diselitkan dengan slot Fun Time di mana ahli jawatankuasa Gerak Ilmu bermain permainan bersama dengan mahasiswa baharu bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
 
 
Kesimpulannya, program ini memainkan peranan penting bukan sahaja dapat membantu mahasiswa baharu dari segi akademik malah juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan juga pensyarah. Dengan adanya program sebegini, visi UPM dalam menjadikan universiti bereputasi antarabangsa juga mampu dicapai serta mampu meningkatkan kualiti dan daya saing graduan selaras dengan moto UPM, “Berilmu, Berbakti”.
 
Oleh:  Amani Huwaina binti Hassan

Date of Input: 02/12/2021 | Updated: 13/01/2022 | naszroul

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEUNAx~