Program Gerak Ilmu Mahasiswa Baharu BIOGEN 23/27 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Program Gerak Ilmu Mahasiswa Baharu BIOGEN 23/27

Program Gerak Ilmu Mahasiswa Baharu BIOGEN 23/27

Program Gerak Ilmu Mahasiswa Baharu BIOGEN 23/27, Jabatan Biologi, Fakulti Sains UPM telah diadakan pada 27 – 29 Oktober 2023 di Institute of Aquaculture and Aquatic Sciences (i-AQUAS) UPM di Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tahun 1 atau dikenali sebagai BIOGEN 23/27 mengenai Jabatan Biologi dan domain biologi  biodiversiti, ekologi, fisiologi dan genetik di sepanjang pengajian di UPM.
Program ini dirasmikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz, Dekan Fakulti Sains yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Biologi. Selain daripada ceramah dan dialog antara pensyarah dan pelajar, para pelajar juga dihidangkan dengan aktiviti riadah dan sukan bersama “BIO FAMILY”. Segmen perkongsian ALUMNI membuka minda pelajar baru kepada peluang pekerjaan yang sedia ada untuk graduan biologi dan bagaimana kemahiran insaniah (KI) seperti skil berkomunikasi dan pemikiran kritis penyelesaian masalah (CTPS) menjadi pengukur untuk kebolehpasaran graduan. Para pelajar juga diberikan pengukuhan pengurusan masa dan diri melalui aktiviti team building dan diskusi cabaran akademik Gen Z.
Program ini juga adalah kerjasama Kelab Mahasiswa Biologi (KMB) yang terdiri daripda pelajar-pelajar senior di Jabatan Biologi. Program ini dapat memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada pelajar baru dalam persedian menghadapi perjalanan hidup di universiti sehingga bergraduat.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Meenakshii Nallapan di atas kejayaan menyelaras program ini pada tahun ini.

Date of Input: 30/10/2023 | Updated: 30/10/2023 | m.hakim

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcMA1~