Program Kacau Bubur Lambuk Meriahkan Suasana Ramadhan Fakulti Sains | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Program Kacau Bubur Lambuk Meriahkan Suasana Ramadhan Fakulti Sains

Program Kacau Bubur Lambuk Meriahkan Suasana Ramadhan Fakulti Sains

SERDANG, 21 April 2022-Setelah dua tahun menyepi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program tahunan Fakulti Sains iaitu acara memasak bubur lambuk akhirnya dapat dilaksanakan dalam tahun 2022. Jalinan kerjasama ini melibatkan 5 entiti di bawah Fakulti Sains iaitu Pejabat Dekan, Jabatan Biologi, Jabatan Fizik, Jabatan Kimia dan Jabatan Matematik & Statistik di bawah kelolaan Kelab Warga Sains (KWS).


Acara gotong-royong atau 'rewang' telah bermula seawal 8.30 pagi melibatkan staf Fakulti Sains bermula dari proses penyediaan bahan, memasak, membungkus dan seterusnya mengagihkan bubur lambuk sebanyak 650 pek kepada staf dan pelajar dalam mengambil keberkatan bersedekah di bulan Ramadhan Al-Mubarak.



Date of Input: 22/04/2022 | Updated: 22/04/2022 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcVA7~