Serendah, 18 Mei - Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik (KMMS) telah menganjurkan program Let's Math! dengan jayanya pada 18 Mei 2024 di Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan, Serendah, Selangor. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Sejumlah 16 pelajar Jabatan Matematik dan Statistik serta 21 pelajar Asrama Kasih YBK telah menyertai program ini. Pensyarah yang memantau program ini adalah Dr. Muhammad Aslam Mohd Safari
Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi insaniah dan sahsiah serta mampu mengajar para pelajar dengan baik. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa serta menerapkan sifat sabar dan kasih sayang ketika mengajar.




Date of Input: 26/06/2024 | Updated: 26/06/2024 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA