Program Pendidikan Nusantara Kukuhkan Dua IPT | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Program Pendidikan Nusantara Kukuhkan Dua IPT

Program Pendidikan Nusantara Kukuhkan Dua IPT

Bagi menjalin kerjasama ke arah kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universitas Lampung (Unila) Malang, Indonesia telah menganjurkan Program Pendidikan Nusantara pada 5 – 9 Ogos 2019.

 Fakulti Sains UPM yang menjadi tuan rumah program ini menerima kunjungan delegasi 13 orang pelajar siswazah dan pra siswazah, empat orang tenaga pengajar akademik yang diketuai oleh Prof. Dr. Sutopo Hadi, Timbalan Dekan Akademik dan Kolaberasi Universitas Lampung (Unila) Malang Indonesia.

Program yang julung kali diadakan di antara dua institusi pendidikan tinggi dari Malaysia dan Indonesia ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan budaya yang diamalkan antara kedua buah negara di samping memantapkan pengetahuan dan kemahiran sosial pelajar di peringkat antarabangsa.

Bagi Fakulti Sains, program ini dapat  membantu menjayakan aspirasi Universiti Putra Malaysia khususnya dalam menjalin kerjasama dalam jaringan penyelidikan, mobiliti pelajar antarabangsa, latihan pegawai akademik dan pelaksana serta pertukaran maklumat.

Taklimat dan penerangan mengenai Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Khamirul Amin Matori, Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan Industri Fakulti Sains. Hadir sama ialah Penyelaras Program Pengajian Siswazah, Ketua Jabatan Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik, pegawai akademik  Jabatan Fizik serta wakil dari Pusat Antarabangsa UPM.

 

Berita/Foto: Sabri Omar

Date of Input: 13/08/2019 | Updated: 13/08/2019 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETVAu~