Seminar Sains Matematik UPM-UNPAD 2023 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Seminar Sains Matematik UPM-UNPAD 2023

Seminar Sains Matematik UPM-UNPAD 2023

Serdang, 26 Oktober - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Matematik (FMIPA), Universitas Padjadjaran, Indonesia (UNPAD) telah menganjurkan Seminar Sains Matematik UPM-UNPAD 2023 pada 25 Oktober 2023 (Rabu).

Seminar yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Hasana Sapar, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Sains. Ucapan alu-aluan juga telah disampaikan oleh Prof. Dr. Iman Rahayu, Dekan Departemen Statistika FMIPA. Seminar ini telah diadakan secara maya melalui platform Google Meet dengan penglibatan lebih 80 orang peserta terdiri daripada Pegawai Akademik dan pelajar daripada kedua-dua institusi. Seramai 8 orang pembentang terdiri daripada pelajar tahun akhir prasiswazah telah diberi peluang untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka serta bertukar pendapat dan pandangan di antara pelajar dan pensyarah. Selain itu, aktiviti promosi Program Siswazah yang ditawarkan di kedua-dua institusi juga telah dilaksanakan.

Ucapan penutup telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Prof. Dr. Norihan Md Arifin. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan seminar ini dan berharap semoga hubungan kerjasama yang terjalin di antara UPM dan UNPAD dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

Date of Input: 27/10/2023 | Updated: 27/10/2023 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcEAH~