Syukuri Ramadan, Jabatan Matematik Dan Statistik Berkongsi Rezeki Bersama Pelajar | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Syukuri Ramadan, Jabatan Matematik dan Statistik berkongsi rezeki bersama pelajar

Syukuri Ramadan, Jabatan Matematik dan Statistik berkongsi rezeki bersama pelajar

Serdang, 6 April 2023- Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, pegawai akademik dan staf pelaksana Jabatan Matematik dan Statistik mengambil peluang untuk berkongsi rezeki bersama-sama mahasiswa di Jabatan.

Sambutan yang diterima daripada para pelajar amatlah menggalakkan dan agihan berjaya dihabiskan dalam masa 10 minit sahaja. Sebanyak 115 bungkus nasi beserta lauk telah diagihkan kepada mahasiswa Jabatan di Foyer Blok A, Bangunan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains.

Agihan telah diberikan oleh Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Prof. Dr. Norihan Md. Arifin serta beberapa pegawai akademik dan staf pelaksana bermula jam 3 petang.

Semoga usaha murni ini dalam berkongsi rezeki dan bersama-sama mensyukuri Ramadan akan berterusan hingga ke generasi akan datang.

      

Date of Input: 07/04/2023 | Updated: 07/04/2023 | adrianaarissya

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFVUAF~