Garis Panduan Penulisan | FAKULTI SAINS science
» SCIENCE PUTRA JOURNAL » PANDUAN UNTUK PENULIS » Garis Panduan Penulisan

Garis Panduan Penulisan

Penulis hendaklah memastikan manuskrip disediakan mengikut format dan gaya penulisan yang ditetapkan (RUJUK SINI) oleh Science Putra Journal (SPJ). Manuskrip hendaklah merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan oleh mana-mana jurnal lain.

Antara keperluan utama adalah seperti berikut:

  • Manuskrip hendaklah menggunakan format SPJ dan ditulis dalam Bahasa Inggeris yang jelas serta tepat.
  • Artikel penyelidikan hendaklah mengandungi 8–12 halaman (RUJUK SINI UNTUK GARIS PANDUAN UNTUK PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN), manakala artikel ulasan (review article) hendaklah mengandungi 10–15 halaman (RUJUK SINI UNTUK GARIS PANDUAN UNTUK PENULISAN ARTIKEL ULASAN).
  • Semua rujukan hendaklah disediakan mengikut format dan gaya rujukan yang ditetapkan oleh SPJ (RUJUK SINI).
  • Semua jadual, rajah, persamaan dan unit pengukuran hendaklah disediakan mengikut format yang ditetapkan (RUJUK SINI).
  • Manuskrip perlu mengandungi bahagian yang lengkap seperti tajuk, abstrak, kata kunci, kandungan utama, penghargaan, sumbangan penulis, perisytiharan konflik kepentingan, pematuhan etika dan senarai rujukan.
  • Manuskrip hanya akan diproses sekiranya indeks kesamaan (similarity index) adalah 20% atau kurang.

 

Sila rujuk Template Manuskrip SPJ untuk format penulisan yang lengkap

Kemaskini:: 10/07/2026 [edora]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (06:43:35am-06:48:35am, 25 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]