EVIDENCE-2.1-EC1-ENERGY AND CLIMATE CHANGE (EC) | FACULTY OF SCIENCE
» UI GREEN METRIC » Energy and Climate (EC) » EVIDENCE-2.1-EC1-ENERGY AND CLIMATE CHANGE (EC)

EVIDENCE-2.1-EC1-ENERGY AND CLIMATE CHANGE (EC)

GAMBAR/BUKTI 1

PENERANGAN/WRITE UP

Fakulti telah melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah penggunaan peralatan cekap tenaga, termasuk penggunaan 700 unit lampu LED, 50 unit penghawa dingin jenis inverter, serta 184 unit komputer Dell dan 116 unit komputer Acer yang disewa dengan kecekapan tenaga. Di samping itu, fakulti juga menyewa 19 unit projektor LED dan kini dalam proses mendapatkan 21 unit projektor laser yang lebih cekap tenaga.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,090 unit peralatan jimat tenaga digunakan, iaitu kira-kira 20.1% daripada jumlah keseluruhan peralatan elektrik, menunjukkan kemajuan ke arah kelestarian tenaga, meskipun masih berada dalam kategori 1% – 25% menurut penilaian UI GreenMetric (EC1).

Namun begitu, peratusan ini dijangka meningkat dengan ketara dalam masa terdekat berikutan penerimaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12-RP5) yang melibatkan penggantian sepenuhnya peralatan lama kepada peralatan jimat tenaga, termasuk penghawa dingin dan lampu di seluruh fakulti. Tambahan pula, usaha ini diperkukuhkan dengan projek pemasangan panel solar baharu di Kompleks A2, A3, B1, B2 dan C, sebagai kesinambungan daripada pemasangan awal 283 panel solar di Kompleks A.

Inisiatif bersepadu ini akan membantu fakulti mencapai peratusan penggunaan melebihi 75%, sekali gus melayakkan fakulti menerima skor maksimum bagi indikator EC1 dan memperkukuh komitmen terhadap tenaga lestari dan tindakan iklim selaras dengan SDG 7 dan SDG 13.

         

Updated:: 11/09/2025 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (02:02:19am-02:07:19am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]