Mathematics and Statistics Student Club

1. Gerak Ilmu Matematik & Statistik 2024/2025
Tarikh: 25–26 Oktober 2024
Tempat: Dewan Kenyalang, KOSASS
Program ini melibatkan seramai 120 pelajar Tahun 1 Jabatan Matematik dan Statistik. Tujuannya adalah memberi pendedahan tentang disiplin Matematik dan Statistik serta membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Aktiviti ini juga menekankan nilai adab dan agama dalam menuntut ilmu.
Program berjaya melahirkan pelajar baharu yang lebih yakin, berdaya saing, serta bersedia menghadapi cabaran akademik di UPM.


2. Mathematics and Statistics Union Day (MaSUD 8.0)
Tarikh: 21 Disember 2024
Tempat: Gelanggang Bola Tampar & Dewan Kenyalang, KOSASS
Disertai oleh 241 pelajar dan 15 pensyarah, MaSUD 8.0 bertujuan memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti Jabatan Matematik dan Statistik. Program sepanjang hari ini merangkumi aktiviti sukan, kerjasama, dan perkongsian yang membentuk mahasiswa aktif secara mental dan fizikal. Impaknya, pelajar lebih bersemangat, berhubungan erat antara satu sama lain, serta mampu mengembangkan potensi kreatif dan inovatif.

3. Majlis Apresiasi Pelajar Tahun Akhir 3.0
Tarikh: 19 Januari 2025
Tempat: Floral Crystal Event Space – De Roses Hall, Putrajaya
Majlis ini diadakan bagi meraikan 75 pelajar tahun akhir bersama pensyarah Jabatan Matematik dan Statistik. Program ini memberi motivasi kepada pelajar untuk melangkah ke alam pekerjaan dengan lebih yakin, selain mengeratkan hubungan bersama pensyarah. Melalui majlis formal ini, pelajar turut berpeluang mempraktikkan kemahiran insaniah dan etika profesional yang penting dalam kerjaya.

Updated:: 07/11/2025 [norlida_mn]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA