EVIDENCE-6.19-ED10-EDUCATION AND RESEARCH (ED) | FACULTY OF SCIENCE science
» UI GREEN METRIC » Education and Research (ED) » EVIDENCE-6.19-ED10-EDUCATION AND RESEARCH (ED)

EVIDENCE-6.19-ED10-EDUCATION AND RESEARCH (ED)

GAMBAR / BUKTI 1

 

 

PENERANGAN / WRITE UP

Sepanjang tahun, pelajar fakulti telah aktif melibatkan diri dalam pelbagai projek khidmat komuniti yang memfokuskan kepada kelestarian dan pembangunan mampan. Antara projek utama yang dianjurkan dan melibatkan pelajar termasuk Karnival Jom Sains, Pemindahan Ilmu mengenai kesan perubahan iklim dan pencegahan kerebakan Crown Of Thorns (COTS) untuk kelestarian terumbu karang di SMK Tekek Pulau Tioman, serta pengurusan bahan boleh kitar semula bersama warga Sekolah Kebangsaan Serdang.

Selain itu, pelajar turut menyertai program pemindahan ilmu bersama komuniti SRAIBBB, Perkampungan Ilmu SPM, dan program kesedaran literasi kesihatan digital “Jom Klik Sihat” di PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur. Program Karnival STEM: Young STEMist Expo (YSE) dan program robotik komuniti di SK Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi juga merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menggalakkan penyertaan pelajar dalam pembangunan komuniti.

Tambahan pula, program Kimia Lestari ke Sekolah di KUSeS serta usaha penanaman sayur-sayuran lestari bersama Persatuan Pekebun-Pekebun Melayu Cameron Highland, Pahang, menonjolkan komitmen universiti dalam mengintegrasi kelestarian dengan aktiviti komuniti.

Kesemua projek ini mencerminkan penglibatan aktif pelajar dalam lebih daripada 10 projek komuniti setiap tahun, sejajar dengan usaha universiti untuk memupuk kesedaran dan tindakan terhadap kelestarian di peringkat komuniti.

Updated:: 11/09/2025 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (02:40:09am-02:45:09am, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]