|
GAMBAR / BUKTI 1 |
||
![]() |
![]() |
![]() |
|
PENERANGAN / WRITE UP |
||
|
Fakulti telah melaksanakan pelbagai program pendidikan, penyelidikan dan komuniti yang menyokong secara langsung 14 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Program-program seperti Karnival Jom Sains, kesedaran perubahan iklim, pengurusan bahan kitar semula, pemindahan ilmu robotik serta penanaman sayur-sayuran bersama komuniti bukan sahaja memperkukuh pendidikan berkualiti (SDG 4), tetapi juga menyumbang kepada penghapusan kelaparan (SDG 2), kesihatan dan kesejahteraan (SDG 3) serta akses kepada air bersih dan sanitasi (SDG 6). Selain itu, usaha kami dalam tenaga bersih dan mampan (SDG 7), inovasi dan infrastruktur (SDG 9), pengurangan ketidaksamaan (SDG 10) dan pembangunan bandar serta komuniti yang mampan (SDG 11) turut memperlihatkan komitmen fakulti dalam mencapai matlamat pembangunan lestari. Program-program ini juga menekankan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab (SDG 12), tindakan terhadap perubahan iklim (SDG 13) serta pemeliharaan ekosistem marin dan daratan (SDG 14 dan 15). Program- program ini juga berjaya memupuk nilai keamanan, keadilan, dan institusi yang kuat (SDG 16) serta menjalin perkongsian yang efektif untuk mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG 17). Melalui pelaksanaan program-program ini, fakulti berjaya menunjukkan impak yang sangat tinggi dalam menyokong agenda pembangunan mampan di peringkat universiti dan komuniti setempat. |
||
Updated:: 11/09/2025 [nashrin]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA