Introduction | FACULTY OF SCIENCE
» DEPARTMENT » Physics » Introduction

Introduction

 

Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) mula ditubuhkan pada Julai 1972 dan merupakan salah satu daripada empat jabatan yang ada di Fakulti Sains.

Tumpuan bidang utama Jabatan Fizik adalah merangkumi bidang penyelidikan termasuklah; Semikonduktor , Struktur Nano & Peranti Superkonduktor, Magnetik Gunaan, Kaca & Seramik, Fizik Teori & Fizik Komputasi, Sains Kuantum & Teknonogi, Elektromagnet Gunaan & Instrumentasi, Frekuensi Radio & Gelombang Mikro, Data Sains, Fizik Optik, Optoelektronik, Fotonik, Radiasi, Biofizik, Sel Solar, dan Karbon.

Matlamat utama Jabatan Fizik adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan tinggi dan kompeten, serta bersedia untuk kebolehpasaran kerja mengikut keperluan industri serta bidang profesional.

Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak diatas kecemerlangan serta sumbangan warga fizik terutamanya dalam bidang penyelidikan.

Penerokaan kepelbagaian bidang ilmu membolehkan Jabatan Fizik mempunyai rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak diperingkat dalam dan luar negara. Antara agensi yang terlibat adalah seperti Nagoya Institute of Technology (NiTECH), Jepun, Universitas Indonesia, dan Shibaura Institute of Technology, Jepun. 

 

 

Updated:: 29/07/2021 [mohdamir]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
BVMfM6L~