MAJLIS JASAMU DIKENANG KE-17
SERDANG - Seramai 4 orang kakitangan Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia yang telah bersara pada tahun 2020 dan pertengahan 2021 telah diraikan pada Majlis Jasamu Dikenang kali ke-17 baru-baru ini.
Majlis yang diadakan ini adalah anjuran Kelab Warga Fizik,UPM dan buat julung kalinya majlis ini diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting berikutan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia dan negara secara khususnya.
Empat insan hebat yang diraikan ialah Prof. Dr Zainal Abidin Talib, Prof. Dr. Ts. Halimah Mohamed Kamari, En Roslim Mohd dan En Rahman Arkimin. Kira-kira seramai 50 orang telah menghadiri majlis ini. Majlis yang ringkas namun bermakna ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga Jabatan Fizik.
Sekali lagi seluruh Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM mengucapkan ribuan terima kasih dan jasa kalian sentiasa dikenang.
Updated:: 26/07/2021 [amira.hamzah]
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA