Jabatan Matematik dan Statistik sambut Hari Matematik Antarabangsa 2023
Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, telah melakar sejarah menganjurkan program sempena sambutan Hari Matematik Antarabangsa 2023 atau dikenali sebagai International Day of Mathematics (IDM2023). Langkah ini merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap 14 Mac dan turut dikenali sebagai Pi Day.